Najihah+Haris+Danisha+Qaireen : The diamonds of my eyes!!!

By: Edrina Abd Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Dec-2006 08:25 Email | Share | | Bookmark
Perkembangan terbaru

Kakak posing
 
 
View all 25 photos...
Akhir2 ni mama jarang betul update fp & round2 fp mommies semua. Insyaallah bila kelapangan mama akan jenguk jugak. La ni mama kejer afternoon shift. Masuk kejer pukul 2.00 petang sampai pukul 11 malam.

Sampai rumah pukul 11 lebih anak2 dah tido. Nasib baik paginya mama ada masa main2 & lepak2 ngan anak2. Sekarang ni mama dah masuk minggu ke18. Jangka bersalinnya 12/5/2007. Lebih kurang tarikh haris jer. Haris lahir hari guru 16/5. Najihah dah excited bila tahu nak dapat baby. Dia dok cakap kat mama nak baby girl sebab la ni haris tu nakal sangat suka buat kakak najihah . Suka tarik rambut kakak. Kakak ni pulak tak melawan. Bila kena mula lah menangis .

Kakak najihah sekarang tgh kemaruk speaking london. Mama pun dia panggil mom, babah lak dad.. sikit2 tanya mama. 'Mama what are you doing?' 'Mama where are you going?' 'Mama what is that?' 'Mama, what is this?' Mama, i'm hungry. kalau mama terlanggar dia ker apa pas tu mama say sorry dia cakap 'it's ok mother, don't worry' (siap ngan slang tu yg tak tahan tu ). Kalau mama tgh masak kat dapur tetiba bila dia datang jer dia cakap ' hello.. anybody home?' aduss la memang tgh kemaruk la ni.. kalau dia tak nampak haris mula la tanya mama.. mother, where is my brother? sayang kat adik tapi kalau bergaduh siap la .



Kalau kakak terlebih petah, haris pulak terbalik. Lambat betul dia nak bercakap. Kalau cakap pun cakap jepun ker german ker mama pun tak tau .
Cuma cakap mama, nak, sik (nasi), nenen (susu), bish (habis). Ish haris2.. to all mommies ada tak apa2 petua nak kasik budak cepat cakap? Jumpa gak doktor, doktor kata jgn risau tak ada apa2. Hmm entah lah may be dia belum ready. Agak2 nya bila haris nak ready tu? . Ada jugak org kata boy ni lambat sikit lebih2 lagiks kalau bukan anak sulung. Pas tu ada gak kata boy ni malas..entah lah..I am really hoping he will just start talking when he is ready to.

Haris ni memang suka buku. Kalau dapat buku habis dibelek, ditenungnya. Kalau dah khusyuk tu mesti lidah pun terjelir


Dah lebih seminggu sebenarnya haris & najihah duduk kat rumah sebab mama dah dapat maid dari indon. Dia ni org jawa dari surabaya. Alhamdulillah setakat ni nampak ok. Sentiasa bertudung dlm rumah & berpakaian sopan & tak pernah tinggal solat. Kalau ada waktu terluang dia akan mengaji. Najihah pun dah start belajar ngaji ngan dia. Kerja pun rajin. Tak payah mama nak suruh, dia dah tahu nak buat apa. Ringan sikit la beban mama. Kalau dulu hujung minggu banyak masa kami habis utk kemas rumah & basuh baju. La ni baju hari2 dia basuh & lipat. Rumah pun dah sentiasa kemas.. maklum la najihah & haris tgh lasak . Najihah suka sangat kat dia sampai malam2 nak tido ngan maid dah tak nak tido ngan mama. Dia layan haris pun ok. Nampak budak2 ni serasi la dgn dia. Mama cuma harap dia benar2 ok & dapat jaga anak2 mama dgn sebaik mungkin. Insyaallah.



Thursday, 30-Nov-2006 04:25 Email | Share | | Bookmark
Gambar campur2

Kat Taman Tasik Shah Alam
 
Khusyuk tgk tv
View all 10 photos...


Friday, 3-Nov-2006 07:11 Email | Share | | Bookmark
Murtabak Tok Ba

masa ni pukul 3 tak ramai org lagiks
buat siap2 sebab nanti tak menang tangan
nyum2
View all 13 photos...
Masa kami sampai p.mas hari isnin last day puasa tu, lepas angkut barang2 masuk umah, borak2 ngan mak tok & mak su eda jap, kami semua pi tengok tok ba & pak uda wan yang tengah jual murtabak kat pasar p.mas. bulan posa ni mak tok & tok ba tak bukak gerai makan tapi dorang jual murtabak jer kat pasar p.mas pasal malam2 nak pi terawikh pulak.

Selalunya mak tok & tok ba berdua la yg dok jual tapi since pak uda dah balik cuti, so pak uda la pulak ganti tempat mak tok tolong tok ba . Pak uda tu malu2 pulak.

Sian tok ba, sejak bersara dari tentera macam2 yg tok ba buat nak sara kami sekeluarga & besarkan anak2.. semoga tuhan sentiasa kurniakan kesihatan yg baik utk tok ba & mak tok.
Masa dok kami dok kulim dulu tok ba pernah bawak van sekolah & bukak kedai dobi. Bila dah balik kelantan ni tok ba jual van sekolah & kedai dobi tu & bukak kedai makan pulak.

Sesapa yang dok kulim tu kalau nampak kedai Ruhana dobi kat simpang junjung tu, tu la kedai dobi mak tok & tok ba dulu . Tapi la ni dah jual pada org lain .

Berbalik pada citer murtabak tok ba, alhamdulillah tok ba kata tiap2 hari murtabak tok ba laris macam goreng pisang panas.. habis semua.. seronok dengar & tengok tok ba happy


Thursday, 2-Nov-2006 00:03 Email | Share | | Bookmark
1 syawal 1427H

Susahnya nak bergambar huhuhu
Najihah pun masam
Nek de & anak2nya + najihah ehehe
View all 48 photos...


Raya tahun ni kami beraya di rumah mak tok & tok ba jihah di kelantan dulu.
Kami bertolak ke kelantan hari isnin pukul 7 pagi. Selamat sampai di kelantan pukul 2 tengahari.. alhamdulillah tak jam dan perjalanan kami lancar ajer. Kami balik ikut Grik pasal hubby tak biasa ikut jalan kuala lipis & gua musang. Dengar citer diorang yg balik ikut gua musang jam teruk sampai amik masa 14 jam nak sampai kelantan.

Sampai kat Kuala Kangsar seperti biasa, hubby mesti nak singgah school dia dulu. so masuk pekan kuala kangsar, pi koleq sat. Pas tu mandikan anak2 kat masjid sebelah tu. Masa tu kami sampai dalam kul 9 lebih. Pas tu terus bertolak ke p.mas.

Tahun ni kami pakai color biru.. paling suka tengok haris pakai baju melayu johor siap ngan songkok & capal .. comel jer . Tapi kejap jer pakai, pasal dia dah mengamuk suruh bukak baju .
Tengok la tu nak amik gambar pun susah .

Mak Tok jihah masak lontong, rendang, sambal ikan bilis, nasik impit & ketupat. Nek de (Adik mak tok) pulak buatkan kuah kacang. Pagi2 nek de & anak2nya (cousins mama la) datang beraya ke rumah mak tok. Seronok sangat dapat kumpul ramai2


Tuesday, 17-Oct-2006 04:09 Email | Share | | Bookmark
Salam Lebaran utk Semua

Gambar bulan lepas ni
Parut tu masih ada. La ni dah beransur hilang
Muka bangun tido
View all 9 photos...
A'kum,

Lama sungguh mama tak update fp ni.. Mama dilanda virus M tahap paling kritikal ekekeke..
Terima kasih kepada semua ucapan yg diberi.. mekasih bebanyak..

Sebenarnya mama ada berita gembira yg mama nak ceritakan... rezeki di bulan ramadhan..

1.) Mama tengah mabuk2 & loya.. tak lama lagiks najihah & haris dapat adik lagiks . Tu pasal la cam tak der mood jer nak update fp. Puasa kali ni sungguh mencabar.. banyak jugak mama nak kena ganti ni nanti.. tak tahan terpaksa bukak

2.) Mama dapat increment 25% ..alhamdulillah..rezeki anak2..

3.) Najihah dapat tempat ke 3 utk Little Model contest untuk bulan september. Terima kasih pada semua yang telah mengundi

4.) Mama dapat blackberry dari company. Dapat check email, browse internet & YM dimana sahaja mama berada

Hmm.. actually la ni babah tak der.. babah pegi india. Esok babah balik lah.. Semoga babah selamat kembali

Kepada semua sahabat handai esp rakan2 FP mama nak memohon ampun & maaf andainya ada silap & salah, terkasar bahasa etc. Tahun ni kami balik beraya di p.mas kelantan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri



[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net